[Gambar] - Konvoi Bantu Ummah & Sukaneka Madrasah Tarbiah Al-Aulad, Dabong, Kelantan

Program Sukaneka di Maahad Tarbiah Al-Aulad.
1-3 April 2014. Konvoi Persatuan Kebajikan Bantu Ummah ke Madrasah Tarbiah Al-Aulad, Dabong Kelantan untuk mengadakan aktiviti sukaneka di sana. Maahad ini mula mendapat perhatian ramai selepas kejadian banjir besar yang melanda Kelantan pada hujung tahun 2014. Antaranya air yang dilepaskan oleh stesen hidro TNB yang berdekatan ketika banjir mengalir terlalu laju dan ganas mengggila menghala ke arah madrasah beralih arah seolah-olah ada dinding kaca menghalang. Pokok-pokok pisang yang ditanam berekar-ekar di sekitar madrasah tiada satu pun yang tumbang atau mati ketika banjir. Cerita lebih lanjut dari orang yang pergi sendiri ke sana selepas kejadian banjir
> http://datoksirkronik.blogspot.my/2015/01/kekuasaan-allah-pada-kejadian-banjir-di.html Tok Guru Pokteh bercerita tentang keajaiban yang berlaku semasa banjir (boleh terus skip ke minit 14:13) > https://www.youtube.com/watch?v=FlmNcgUEM8c Suasana banjir di maahad > https://www.youtube.com/watch?v=BZOtEPKmeIM -------------------------------------------------------------------------------- Untuk Menderma :

Nombor Akaun BIMB (Bank Islam) : 03072010126195 - Madrasah Tarbiah Al-Aulad, Sungai Kenerong
Sebarang Pertanyaan : 017-9635644 (Mohd Samsuddin Bin Dollah - Pengerusi)
Konvoi dari KL melalui jambatan sementara Gua Musang-Jeli untuk sampai ke Madrasah Al-Aulad.
Kesan jambatan runtuh masih boleh dilihat.

Antara aktiviti sukaneka bersama warga Madrasah Tarbiah Al-Aulad

Tempat pengajian dan solat madrasah yang masih belum siap sepenuhnya ini
 terletak berdekatan Gunung Stong dan bersebelahan Sungai Kenerong.
Waktu malam hari cuti(*Jumaat dan Isnin), pelajar sini akan menyelam di sungai untuk menangkap ikan.

Wakil MIIT yang turut bersama memeriahkan sukaneka anjuran Pertubuhan Kebajikan Bantu Ummah.

No comments:

Post a Comment