[Tutorial] - Edit Gambar Ala-ala DSLR Guna Smartphone




Nak share sikit tips edit gambar jadi ala-ala DSLR,
Tak perlu Photoshop pun. Serius.
Guna smartphone je.
1. Cari apps After Focus dekat Play Store.
2. Buka apps tu dan pilihlah gambar mana yang nak diedit.
3. Lukis line putih(*focus) untuk bahagian yang nak difokuskan. Line hitam(*BG) untuk bahagian yang nak dikaburkan. Yang kelabu(*Mid) tu untuk blur sederhana.
4. Boleh padam dan back kalau silap. Zoom in untuk lagi senang nak ejas.
5. Bahagian warna merah yang dihighlightkan tu bahagian yang akan difokus.
6. Dah agak OK, tekan icon next dekat hujung kanan atas tu.
7. Dekat bahagian Blur dekat bawah tu, boleh pilih nak lens blur atau motion blur. Dekat situ, boleh ejas nak blur banyak mana.
8. Dekat bahagian Aperture tu pula untuk bagi efek bokeh.
Macam-macam jenis efek bokeh ada. Ini yang buat gambar tu macam ala-ala DSLR.
9. Yang lain-lain tu, boleh cuba explore sendiri.
10. Kalau dah puas hati, Dah puas hati, save lah gambar tu.
*Gambar yang dah diedit ni kalau view dari phone ok lagi.
Tapi kalau view dari monitor komputer, akan nampak 'bergerigi'
gambar yang diedit tu. So, pandai-pandailah pilih nak upload mana.
Moga bermanfaat smile emoticon

[Bengkel Photoshop] Poster Kreatif - Dakwah & Marketing







Antara apa yang sempat dikongsi. Yang kanan sekali tak siap lagi


[Vector Art] - Bye Galileo

No more Technical Science at INTEK after this year(2016). Bye Galileo a.k.a Al-Jazari